Pada hari ini ialah Hari Buruh. Saya telah mengikut ibubapa saya, maklong paklong, pakngah & makngah,mak kpd makngah,sepupu makngah, abg daniel, abg aqeel dan kak mia ke ZOO NEGARA.. Menurut kata mama saya..kali terakhir mama pergi zoo semasa mama darjah 2 kot.. Ya Allah..dah lama dh.. Patut la mama bw saya ke sini.
Di situ, razin dapat melihat pelbagaiiiiiiiiiiiiiiii haiwan yang semuanya tak boleh dipelihara oleh razin dan termasuklah mama razin...(mama razin xsuka bela binatang)..
Antara haiwan yg razin dpt lihat seperti gajah yg besar,zirafah yg begitu tinggi, sang kancil yg begitu kecil, bapak harimau yg mcm nk mkn kami tp xleh sbb ada air dia kena redah dan banyak lagi lah.. termasuk lah seekor haiwan yg mama razin paling xsuka BABI BERJANGGUT..

(mama ckp babi busuk)
Haiwan yang paling saya suka ialah ikan..

Saya begitu teruja dpt melihat ikan dan terasa seperti hendak memegang ikan2 yg ada.
Di dalam zoo juga, buat pertama kali saya dpt menaiki train. Memang syok la..
Emmm...sepanjang 3 jam di zoo memang begitu memenatkan.. Saya berjaya mencatat rekod tidak tidur lansung seperti abg aqeel dan kakak mia yg sempat juga tidur.
Itulah cerita daripada saya sepanjang hari cuti yang lepas.. Saya berharap dapat melawat ke tempat yang lain pulak selepas ini..
Yang benar,
Razin
esok saya masuk lg pic. byk sgt yg nk dkongsi